www.artismelayu.net
Forum Artis
Back to InfoFoto
|
Nama sebenar Bienda ialah Nor Razlinda Razli. Bienda lahir di Kota Bharu, Kelantan. Dulu asalnya Bienda ialah anggota kumpulan nasyid budak-budak sekolah Solehah. Emak Bienda ialah Sheeda penyanyi dangdut. Antara album Bienda hingga kini ialah 'Bersama Solehah - 25 Nabi' (1997), 'Nikmat Allah' (1998), 'Solehah Alaf Baru' (2000), 'Nikmat Allah 2' (2001) dan 'The Best Of Solehah' (2002). Album solo Bienda pula ialah 'Unik' (2003). Enam tahun selepas album solo pertama, dan selepas pembedahan jantung berlubang, Bienda menerbitkan album solo kedua - 'Kenaliku'. Bienda terlibat dalam filem 'KB KL Amerika', 'Kayangan' dan 'Budak Kelantan'. Setakat ni, Bienda terlibat dalam drama 'Spanar Jaya', 'Skuad Elite', 'Surat Untuk Bulan' dan 'C.U.D.I.P.T'
Jantung berlubangHanya pada usia 22 tahun, Bienda disahkan oleh doktor mempunyai jantung berlubang berukuran 25 milimeter di bahagian dada kiri. Bienda tak menyangka yang kesukaran dia bernafas selama ini adalah berpunca dari jantung berlubang. Selama ini Bienda menyangka ia adalah masalah athma sahaja. Bienda memerlukan Rm50,000 untuk tujuan pembedahan. Bienda dapat bantuan dari pelbagai pihak untuk menanggung kos pembedahan. Antaranya ialah bantuan Persatuan Karyawan Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO dan Chef Wan. Akhirnya Bienda selamat dibedah di Pusat Perubatan Islam Pusrawi. Badan Bienda agak bertambah selepas pembedahan.
|