Muka Depan
Forum Artis
Koleksi Foto
Webmaster

Atilia.. selesa berpakaian seksi

AtiliaAtilia

Atilia (Raja Putri Atilia Raja Haron) anak Salamiah Hassan pernah dikritik kerana berpakaian menjolok mata bersama Noryn Aziz. Atilia mengaku silap memakai pakaian pendek seperti itu dan memohon maaf kepada semua. Namun kata Atilia, dia memang rasa selesa berpakaian seksi sebelum ini pun. Ini kerana dia rasa selesa berpakaian begitu. Pun bukan sebab dia sudah menjadi janda. Lagi pun, kata Atilia, dia bertubuh kecil. Jadi pakaian macam tu memang sesuai untuk tubuh badan macam dia. Tak sedar diri dah tua.

Atilia seksi
Amacam.. seksi tak?
Atilia

Atilia lahir pada 18 Sep 1974.. Suaranya digunakan untuk iklan sejak dia berumur 9 tahun lagi. Semasa berumur 12 tahun, Atilia mewakili Malaysia, Indonesia dan Singapura sebagai vokalis utama iklan komersil Coca-Cola peringkat Asia Tenggara. Kata Atilia, kesemua bapa saudara dan emak saudaranya (12 orang) boleh menyanyi. Atilia belajar bermain piano, viola dan tarian belet sejak kecil. Semasa berumur 14 tahun, Atilia sudah berduet dengan emaknya dalam album 'Menghitung Hari'.

Atilia

Bercerai dengan suami, ahli businessman Ariff Johan Abdul Jalil pada awal tahun 2009 setelah 10 tahun membina mahligai. Tak sempat dapat anak. Sekarang dah berumur 36 tahun (2010). Kata Atilia, dia dan bekas suami sekarang 'masih berkawan'. Album pertama berjudul 'Sangkar' diterbitkan pada 2008. Dalam album tu, Atilia tulis enam lagu. Hebat. Tapi lagu-lagu Atilia macam tak kedengaran di radio. Tanda tak sedap ler tu. Emak Atilia, Salamiah Hassan kini berumur 58 tahun (2010).