Drama berterusan. Kekecewaan berpanjangan untuk Azean Irdawaty. Benjy ditahan semula oleh polis sebaik sahaja selesai membayar bayaran ikan jamin. Ibu Benjy, Azean Irdawaty kecewa dan terkejut dengan penahanan semula itu. Kekecewaannya diluahkan dalam akhbar tempatan. Menurut Azean Irdawaty, mereka tidak dimaklumkan sebab-sebab penangkapan semula itu. Selepas Azean Irdawaty dan keluarga datang ke balai polis, barulah polis menyatakan sebab-sebab penahanan semula itu.
Benjy ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret sebelumnya. Dia ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus selepas Azean Irdawaty selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000.
Kes Benjy semakin sensasi sehingga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn turut memberi ulasan.
Kata Menteri berkenaan, dadah yang dirampas dalam kes Benjy ialah dadah sintetik. Sebab itulah tahanan reman Benjy dilanjutkan malah turut ditahan semula selepas membayar ikat jamin. Hishammuddin kata kerajaan memberi tumpuan yang serius dalam menangani dadah jenis ini kerana pengambilannya walaupun sekali boleh menyebabkan seseorang itu terus menjadi penagih dadah. Kata Hishammuddin, kalau dadah jenis ini, kerajaan perlu menanganinya dengan kesungguhan luar biasa.
mudah dibawa kemana-mana
Polis sahkan Benjy ditahan
Polis akhirnya mengesahkan identiti pelakon yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah bernilai RM650,000 itu ialah Khaeryll Benjamin Ibrahim, 32, atau lebih dikenali sebagai Benjy. Benjy ialah anak kepada dramatis terkenal, Azean Irdawaty sebelum itu ditahan bersama teman wanitanya di sebuah unit kondominium disewanya di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah. Semasa penahanan dan apabila berita tersebut muncul di akhbar, identiti artis berkenaan tidak dinyatakan.
Polis percaya Benjy dan teman wanitanya itu bergerak sendiri tanpa mana-mana sindiket sama ada di dalam mahupun di luar negara. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis juga sedang menyiasat sumber dadah yang diperolehi oleh Benjy. Pasukan forensik sedang menjalankan siasatan terhadap peralatan dan bahan kimia yang ditemui di rumah berkenaan. Polis turut menyiasat pasaran dadah berkenaan selain faktor kemungkinan ia dibekalkan kepada golongan artis. Polis telah menyita harta Benjy termasuk keretanya.
Benjy ditahan bersama seorang wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong. Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain dan 140 gram syabu di kondominium tersebut. Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pelakon bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata. Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik (telefilem) pada Anugerah Skrin beberapa tahun lalu.
Azean tak percaya Benjy terlibat
Sebelum polis mengesahkan identiti artis yang ditangkap, ibu Benjy, Azean Irdawaty, 60, tidak percaya yang anaknya terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.
"Yang Kak Yan tak faham macam mana dia ditangkap di rumahnya di Segambut tetapi kemudian dibawa ke sebuah rumah di Kepong di mana ada bahan-bahan yang dikatakan makmal mini memproses dadah."
Kata Azean lagi, anaknya sering kehabisan wang, selalu pokai dan kerap meminta pertolongan daripadanya jika menghadapi masalah kewangan walau untuk bayar duit rumahnya atau duit belanja untuk ke pasar. Azean Irdawaty juga pelik bagaimana akhbar boleh menyatakan anaknya itu mampu menjual dadah terbabit sehingga beratus-ratus ribu ringgit nilainya. Sedangkan, kereta pun Benjy tak ada. Azean Irdawaty juga mempersoalkan penglibatan Benjy kerana mengikut maklumat yang diketahui, mereka yang mengambil bahan-bahan terlarang itu fizikalnya kurus dan hiperaktif. Kata Azean Irdawaty dia Google (di Internet) orang kalau ambil benda itu kurus dan hiperaktif sedangkan Benjy gemuk, suka tidur. Selain itu, dia sering menghabiskan masa di kolam pancing pagi, petang, siang dan malam.
'Artis dicekup proses dadah'
Semuanya bermula dengan berita dalam akhbar pada 13 Mac 2010 dengan tajuk 'Artis Dicekup Proses Dadah'. Artis ambil dadah sudah jadi suatu kebiasaan. Namun kali ni ia menjadi maha sensasi sebab nilai dadah yang dirampas adalah sebanyak RM650,000 dn jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mandatori gantung sampai mati.
Berita pertama dalam akhbar hanya menyatakan tentang seorang pelakon lelaki, 31, dan rakan wanitanya, 23, ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sekitar Jinjang di sini semalam. Tangkapan pada awal pagi itu dilakukan hasil risikan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas menerima maklumat mengenai kegiatan pelakon berkenaan. Selepas disoal siasat, polis kemudiannya telah pergi ke sebuah kondominium di Kepong yang disewa pelakon berkenaan sebelum menemui bahan khayal dipercayai dadah jenis ketamin. Ketika serbuan dilakukan, tiada penghuni di dalam rumah yang turut dijadikan makmal untuk memproses syabu dan kokain.
Polis merampas dadah bernilai RM650,000 dalam kondo mewah milik pelakon lelaki berkenaan. Dadah tersebut ialah 200gm syabu dan 800gm kokain. Pelbagai peralatan memproses dadah disembunyikan dalam rumahnya. Semua dadah itu sudah siap dibungkus. Rumah tersebut dipercayai dijadikan transit untuk menyembunyikan dadah berkenaan sebelum diedarkan kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang.
Jika sabit kesalahgan, dia boleh dihukum gantung sampai mati. Artis yang menjadi suspek itu sudah berkahwin dan dah ada cahaya mata. Menurut akhbar online mystar, dia pernah meraih anugerah pelakon drama terbaik. Ibunya ialah seorang artis wanita veteran. Selepas tangkapan semalam, ujian air kencing menunjukkan kedua-dua mereka adalah positif dadah. Polis mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-duanya selama tujuh hari sehingga Khamis depan.