ArtisMelayu.net  |  Home  |  Forum Artis  | 

Arni Nazira hamil, nak berehat dari industri seni

Arni Nazira dan suami
Arni Nazira dan suami keduanya Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar

Bekas isteri Awie, Arni Nazira Anuar, 31, sudah hamil dua bulan dengan suami baru dia, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar, 32, yang baru dikahwininya tiga bulan lepas. Arni Nazira kata dia membuat keputusan untuk 'menutup buku' buat sementara waktu dari aktif dalam industri seni hiburan tempatan. Arni Nazira nak menjalankan kehidupan sepenuhnya bersama keluarga seperti biasa. Baguslah Arni, itulah yang sepatutnya. Suami Arni kali ni ialah seorang ahli perniagaan. Kata Arni Nazira lagi dia baru nak mulakan semula kehidupan sebagai seorang isteri selepas hampir tiga tahun bersendiri dan menjadi janda Awie.

“Hidup saya lebih bermakna sekarang disebabkan saya banyak mempelajari dari pengalaman lalu (jadi isteri Awie). Jadi, saya harap perkahwinan kali kedua ini berada dalam keadaan baik. Walaupun dah lama bersendiri, tetapi saya rasa tidaklah terlalu kekok untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri."

Arni ada buat busines. Arni menjual tudung dan beg tangan secara kecil-kecilan sejak tahun 2001. Arni juga menjadi model tudung yang diasaskan oleh produk kecantikan, ‘Glowbeau’. Arni Nazira mula bertudung sejak awal tahun 2008.

Arni Nazira dan anak-anak
Arni Nazira dan dua puteri kesayangan

Perkahwinan pertama Arni Nazira dulu ialah pada Disember 1998 dengan artis rock dan pelakon Awie. Selepas berkahwin dengan Awie, Arni terus menyepi diri dari industri seni dan menjadi isteri sepenuh masa. Pada masa itu, Arni berumur 20 tahun manakala Awie, 30 tahun. Bersama-sama Awie, Arni dikurniakan dua orang puteri iaitu Puteri Aleeya Antasha Ahmad Azhar, 9 dan Puteri Aleefa Antasha, 3.

 |  Home  |