ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster

Suami Anita Sarawak kena serang

Anita Sarawak dan Mahathir di Pusat Perubatan Prince Court

Kasihan Mahathir Abdullah, suami Diva pop Malaysia Anita Sarawak. Tak pasal-pasal dia kena tetak dengan parang di belakang kepala dia.

Anita Sarawak dan suaminya telah pergi ke rumah ibu tirinya, seniwati terkenal tahun 50an Datin Umi Kalthum di Taman Melawati, Hulu Kelang, lebih kurang pukul 6 petang untuk menjemputnya menghadiri satu majlis berbuka puasa di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Ketika mereka sampai di rumah Umi Kalthum, pemandu Tan Ah Sing, 52, keluar dari kereta untuk memanggil Umi Kalthum. Mahathir dan Anita Sarawak duduk dalam kereta. Tiba-tiba datang empat orang perompak bersenjatakan parang dengan dua buah motosikal mengepung Tan. Mereka merampas dompet dan telefon bimbit Tan.

Mahathir yang melihat kejadian tersebut keluar untuk membantu. Dia suruh Anita Sarawak duduk dalam kereta dan kunci pintu kereta dari dalam. Mahathir yang berbaju Melayu lengkap bersampin dan songkok menuju ke arah mereka sambil menjerit meminta tolong.

Seorang perompak bertindak mengugut untuk memotong tangan Mahathir jika dia enggan serahkan jam tangannya. Mahathir sebaliknya bertindak berani mencekak leher lelaki itu dan bergelut dengannya. Pada masa itulah Mahathir dilibas dengan parang dari belakang oleh seorang perompak lagi sehingga kepalanya berlumuran darah. Perompak ketiga turut melibas parang ke badan Mahathir tapi Mahathir sempat mengelak.

Anita Sarawak yang panik terus melupakan keselamatan dirinya. Dia meluru keluar dari kereta sambil menjerit "adik, jangan! adik, jangan!” Perompak yang menyedari ada seorang lagi mangsa terus meluru ke arah Anita Sarawak, pastinya untuk merampas apa saja eksesori yang dipakai oleh Anita Sarawak. Tetapi tiba-tiba mereka tergamam dan tercegat. Mungkin mereka dapat cam Anita Sarawak. Mereka dilihat bercakap antara satu sama lain dan terus angkat kaki melarikan diri dengan dua motosikal tadi. Suasana kecoh menyebabkan jiran-jiran berhampiran keluar dari rumah mereka.

Anita Sarawak dan Mahathir di Pusat Perubatan Prince Court

Anita Sarawak dan Mahathir kata mereka sedikit pun tidak marah dengan tindakan empat anak muda itu. Sebaliknya mereka berdua berdoa agar perompak berempat itu akan bertaubat dan kejadian sama tidak akan menimpa ibu-bapa mereka.

“Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan kerana melindungi Mahathir, saya dan pemandu kami. Apa yang lebih penting, kecederaan Mahathir telah dirawat dan kami selamat,” kata Anita Sarawak.

Semasa ditemui di Pusat Perubatan Prince Court dekat Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Anita Sarawak, 57, nampak tenang. Mahathir menerima 10 jahitan. Pemandu Tan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Syabas Anita Sarawak, you memang penyabar. Syabas Mahathir, you memang hero.

Dari akhbar The Star, Utusan Malaysia, KOSMO! 12 Sept 2009


Suami penyayang lagi berani, Mahathir Abdullah
Enlarge pic

Jom komen di sini

ArtisMelayu.net  |  Home  |  Link laman Artis  |  Forum Artis  |  Webmaster