.
 |  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |


Anis Aneesa

Anis Aneesa, 24, anak jati Selangor, yakin dengan konsep world muzik. Dia percaya pertaruhannya dengan single pertama bakal mendapat tempat dihati pendengar. Lagu Qasidah Cinta ciptaan Ajai mempunyai kelainan tersendiri. Menurut Anis, lagu yang bertemakan irama muzik dunia ini dibuat khusus oleh Ajai untuk suaranya. Irama tersebut jarang didengar di Malaysia. Ia bukan arabian, tapi lebih kepada campuran beberapa genre muzik. Bagi Anis Aneesa, ia sangat unik dan sesuai dengan lenggok suaranya.

"Pertama kali mendengar lagu Qasidah Cinta saya terus setuju untuk merakamnya. Selain itu selepas single ini saya akan keluar dengan mini album yang memuatkan tiga buah lagu ciptaan Ajai. Antara dua buah lagu yang sudah siap dirakam adalah Dialah Kekasihku, merupakan sebuah lagu balada dan Selamat Cinta merupakan pelangkap kepada mini album saya," kata Anis.

Bagi Ajai pula, suara Anis lebih kepada lagu-lagu dangdut dan irama Malaysia, bagaimanapun konsep tersebut sukar lagi diterima pendengar, jadi Ajai cipta lagu irama padang pasir dengan campuran pelbagai elemen lain menjadikan ia seperti satu konsep yang baru.

Mini album yang bakal berada dipasaran pada bulan Mei menjanjikan kelainan berbanding lagu-lagu yang dibawakan Anis Aneesa sebelum ini, malah konsep dan imej bagi tahun 2010 juga lebih segar dan remaja.

Dera bapa basuh coli dan seluar dalam

Melalui Melodi TV3 Anis Aneesa pernah mendakwa yang dia dituduh mendera bapanya sendiri, iaitu Mushid Desa membasuh coli dan seluar dalamnya sehingga bapanya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Wartawan hiburan menganggap Anis Aneesa sengaja mereka-reka cerita tersebut untuk mendapat publisiti murahan.

Hubungan dengan Jamal Abdillah

Lepas tu keluar pula cerita Anis Aneesa dituduh mengadakan hubungan dengan Raja Pop Jamal Abdillah. Anis dakwa dia ada SMS yang membuktikan Jamal Abdillah mengajaknya kahwin. Namun Jamal Abdillah menafikannya. Kedua-dua gosip tersebut diberitahu oleh Anis sendiri.

Anis Aneesa
Anis Aneesa

Anis Aneesa
Anis Aneesa

Anis Aneesa
Anis Aneesa menafikan dia bikin cerita

www.artismelayu.net