www.artismelayu.net    Forum Artis    Back to InfoFoto

Ana Dahlia

Ana Dahlia
Foto mStar.com
NAMA SEBENAR: Diyana Mastura Jaafar NAMA KOMERSIL: Ana Dahlia TARIKH LAHIR: 21 Jun 1983 ASAL: Taiping, Perak STATUS: Bujang BERAT: 47 kg TINGGI: 160 cm KELUARGA: Anak kedua daripada enam beradik PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia PROFESION SEBELUM INI: Pramugari Air Asia PROFESION SEKARANG: Pelakon DRAMA/TELEFILEM: Salam Terakhir, Orang Luar, Kenderaan Ke Syurga, Hadi, Hatilia, Arjuna, sitkom Otai. FILEM: Mantra
Ana Dahlia
Foto mStar.com.my
Ana Dahlia
Foto mStar.com.my

Antara 20 finalis rancangan realiti Pilih Kasih yang dikendalikan oleh Rosyam Nor. Ada Dahlia terkeluar pada minggu pertama. Walau pun terkeluar dari Pilih Kasih, Ana Dahlia telah disunting oleh pengarah Bade Haji Azmi untuk memegang watak utama dalam drama 'Salam Terakhir' terbitan Suhan Movies. Ana Dahlia pernah melakonkan watak kecil dalam sitkom Otai. Dia menggunakan nama komersil Ana Dahlia di atas cadangan Rosyam Nor dan tenaga pengajar yang lain semasa menjadi peserta Pilih Kasih.

Menurut Ana Dahlia, pada zaman persekolahannya dia amat malu menonjolkan diri. Dia tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan lagu atau lakonan di sekolah. Fokusnya ialah keluarganya dan SPM, kerana ayahnya tidak sihat. Selepas SPM, Ana Dahlia menjadi pramugari Air Asia. Selepas keadaan ekonomi keluarganya agak stabil, barulah dia mengintai-intai peluang untuk menceburi bidang seni. Ibunya pula banyak memberi dorongan dan semangat. Ayahnya pula suruh dia berfikir sebaiknya kerana bidang seni penuh cabaran.

Ana Dahlia terlihat iklan Pilih Kasih lalu dia terus mencuba nasib. Dia semakin bersemangat kerana dua orang idolanya, Erma Fatima dan Rosyam Nor menjadi penggerak rancangan tersebut.

Mengaku masih solo. Tapi pernah berpunya suatu masa dulu. Putus cinta semasa menjadi pramugari AirAsia.

Watak seksi dalam filem seram Mantra

Mungkin kerana kurang bakat dan lambat naik dalam dunia artis, Ana Dahlia menerima watak wanita yang mendedahkan sebahagian besar tubuhnya dalam filem seram dan aksi, Mantra. Dalam filem arahan Azhari Zain itu, Ana Dahlia membawa watak Rindiani yang dirasuk dan dirogol oleh bekas suaminya, Munzir yang melakukannya kerana mengamalkan ilmu hitam.

Saya dan Rindiani adalah dua orang berbeza. Rindiani cuma watak yang saya lakonkan dalam filem saja dan bukannya diri saya sebenar. Dalam filem itu juga, saya bukannya separuh bogel sebaliknya hanya mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badan saja. Sekalipun hanya berkain batik, saya masih memakai baju di bahagian dalam dan seluar ketat paras paha untuk babak Rindiani cuba dirogol bekas suaminya itu.

Kata Ana Dahlia, dia terima tawaran watak Rindiani kerana ingin mencabar dirinya. Bagi Ana, watak Rindiani masih boleh dikawal lagi dan tidak keterlaluan.