|  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

'Saya kurang ajar,' kata Ammar

Ammar Alfian Aziz
Wajah artis kurang ajar

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Selepas lebih sebulan mendiamkan diri, pelakon baru, Ammar Alfian Aziz, 22, yang mengugut bunuh dan mencerca wartawan hiburan dengan kata-kata kesan dan berbaur lucah di akaun laman sosial Facebook, telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada sidang media khas di Bilik Kelantan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang diaturkan persatuan Seniman semalam. Ugutan tersebut dibuat adalah sebagai satu reaksi Ammar selepas satu artikel mengenai kelakuan buruknya dalam insiden yang berlaku pada majlis tayangan filem Lu Pikirlah Sendiri telah disiarkan media. Menurut Ammar, tulisan yang dibuat pada akaunnya itu sekadar meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya kepada wartawan yang menyiarkan artikel itu sahaja dan tiada kaitan dengan wartawan-wartawan lain. Kata Ammar lagi pada waktu itu dia terlalu mengikut kata hati sehingga menjadikan laman web sosial itu sebagai tempat untuk meluahkan perasaan marah dan kecewa.

Laporan media yang dimaksudkan itu bertajuk 'Artis cemburu tak bertempat,' yang secara terang-terangan ditujukan kepada Ammar Alfian Aziz. Ammar Alfian didakwa terlalu cemburu pada kekasihnya, pelakon Puteri Sarah Liyana yang bergambar dengan Nabil Raja Lawak.

Ammar Alfian Aziz, 22, yang berasal dari Johor, ialah pelakon drama Tari Tirana dan sedang terlibat dalam penggambaran drama Atilia. Menurutnya, selepas dia dihentam media, dia mengadu kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui aktor Zed Zaidi selaku Biro Seniman Muda. Melalui biro tersebut, Ammar mendapat kaunseling dan seterusnya bersetuju untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka dalam sebuah sidang media khas yang dianjurkan oleh Seniman.

“Saya masih baru dan mentah. Sebelum ini orang mungkin hanya mengenali saya menerusi drama Tari Tirana. Setelah apa yang berlaku, saya berasa malu dan terus mengeluarkan kata-kata kesat kepada wartawan. Sepatutnya, wartawan itu perlu bertanya kepada saya sebelum mengeluarkan cerita. Apabila cerita itu keluar di Facebook, saya menyedari yang kawan-kawan saya juga terdiri daripada rakan-rakan wartawan. Saya faham yang saya telah membuatkan mereka tersinggung. Perkataan membunuh itu keluar disebabkan saya berasa marah dan fikiran saya bercelaru ketika itu. Bagi saya, orang gila sahaja yang nak buat semua itu (membunuh).”

“Saya mengaku silap kerana ‘culture shock’ dan memang kurang ajar. Sepatutnya saya perlu lebih profesional. Jadi, saya ingin membuang yang keruh dan mengambil yang jernih. Dengan ini, saya menyusun 10 jari dan memohon maaf kepada semua wartawan hiburan dengan kata-kata kesat yang saya perkatakan. Saya harap, tiada sesiapa yang mempersoalkan keikhlasan saya lagi. Kalau tak ikhlas, saya tak akan tampil minta maaf di sini. Saya janji perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi. Saya masih hijau dan baru hendak belajar,” Kata Ammar Alfian Aziz.

Turut sama dalam majlis tersebut sudah pastilah pihak penganjurnya, iaitu barisan kepimpinan Seniman iaitu Zed Zaidi, Presiden Harun Salim Bachik, Setiausaha Agung Yusof Kelana dan Biro Aduan Jehan Miskin. Puteri Sarah Liyana tak datang. Mungkin sedang bergambar dengan Nabil.

Nak komen? Masuk sini...

Sedih kekasih turut terpalit

Ammar Alfian kata dia tidak mampu membendung perasaan sedih dan kasihannya apabila kekasihnya, Puteri Sarah turut menjadi mangsa keadaan. Menurut Ammar Alfian apabila media tidak dapat menghubunginya, mereka mencari Sarah. Jadi, dia tak sanggup melihat Sarah menjadi mangsa sehingga rasa bersalah dan mahu cepat-cepat menyelesaikan masalah ini. Tahu pula rasa susah Ammar Alfian ni. Itulah sebelum ni cakap main sedap mulut je.

Mak bapak nasihatkan agar bersara

Sumber berita dari mstar, Menurut Ammar Alfian, kedua-dua ibu dan bapanya yang berada di Johor Baru menasihatkannya untuk berhenti dari industri seni.

“Mereka menasihati saya untuk menjaga diri-sendiri. Tetapi, saya menjelaskan kepada mereka supaya bersabar dan mahu selesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin.”

Tak akan berundur dari industri seni

“Saya juga tidak akan berundur dari industri ini. Saya sudah memohon maaf dengan wartawan-wartawan hiburan dan mahu sama-sama menjernihkan keadaan,” kata Ammar Alfian.

Ammar mengaku dia berasa ‘fobia’ untuk meluahkan perasaan di Facebook yang sebelum ini dianggap sebagai laman peribadinya. “Sekarang, Facebook bukan laman peribadi lagi dan saya sudah kurang aktif melayari laman web itu. Ini semua sudah cukup memalukan saya. Sebagai pengajaran, selepas insiden itu, saya banyak menghabiskan masa di gimnasium. Di situlah tempat saya meluahkan perasaan gembira dan marah. Tak guna saya nak buat perkara yang tidak berguna selepas hal ini berlaku. Dari dulu lagi saya sudah selalu ke gimnasium selain mengisi masa dengan berenang dan bermain bola keranjang.”

www.artismelayu.net