Masih program realiti no.1Katalah apa pun, Akademi Fantasia masih menjadi program realiti nombor one di Malaysia.
Sedozen pelajar baruMusim kelapan Akademi Fantasia membariskan 12 pelajar baru untuk menjadikan fantasi mereka sebagai satu realiti. Mereka dipilih dari seramai 9000 pemohon melalui lima lokasi audition. Perubahan ketara kali ini ialah separuh dari peserta ini berasal dari Borneo.
Pengetua BaruPengetua baru kali ini ialah Norman Abdul Halim (Norman KRU) yang dianggap sebagai calon terbaik dari kalangan nama-nama lain yang sebelum ini disebut-sebut bakal menerajui AF8. Norman telah berkecimpung dalam industri muzik selama 18 tahun. Sudah pasti Norman akan mempamerkan sentuhan berbeza terhadap Akademi fantasi kali ini.
Akhirnya Sarimah jadi HosPengacara pula ialah Sarimah dan Jimmi Stanley yang menggantikan AC Mizal yang menarik diri. Nama Sarimah memang sudah sinonim dengan Akademi Fantasi. Akhirnya kali ini, Sarimah diangkat menjadi nadi utama Akademi Fantasia. Jimmy sebelum ini terkenal menerusi program Trek Selebriti dan penyampai radio Era.FM.
Tenaga pengajar lama kembaliTenaga pengajar AF8 kali ialah ialah barisan pertama semasa Akademi Fantasia diperkenalkan di Malaysia. Mereka ialah Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (Guru Tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan), dan Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris). Hanya Que Haidar (Guru Drama) menjadi muka baru. Mungkin Linda Jasmine menarik suaminya ke dalam barisan tenaga pengajar AF8.
First, pasangan adik beradikUntuk kali pertama, terdapat pasangan adik beradik dalam Akademi Fantasia kali ini iaitu Erma Suhaimi, 21, dan adiknya Siti Adira Suhaimi, 19, dari Sabah.
Tukar formatKali ni keputusan undian SMS bukan lagi pada malam konsert. Sebaliknya pada malam konsert pertama pada hari Sabtu, semua pelajar akan buat persembahan. Keputusan hanya akan diumumkan pada esok harinya. Format ini meniru format 'American Idol'. Tiada lagi emosi kemuncak menunggu keputusan pelajar yang berjaya dan kecundang (dan menangis-nangis) pada setiap akhir konsert seperti sebelumnya.
Diari Akademi Fantasia hanya 30 minsSatu lagi perubahan kali ini ialah tempoh masa 'Diari Akademi Fantasia' dipendekkan dari sejam kepada 30 minit sahaja.
Siaran masa MaghribKali ini ujian iman akan tercabar sama ada untuk menyahut seruan azan Maghrib dan bersembahyang atau buka tv untuk menonton Akademi Fantasia. Ini kerana siaran bermula pada pukul 7.30 malam. Semakin banyaklah tepukan syaitan dan iblis apabila umat Islam melalaikan atau melambat-lambatkan sembahyang kerana ingin mengejar siaran hiburan sajian Astro.
Akademi Fantasia Borneo?Bukan, kata Norman KRU. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan merit dan bakat dan bukan sengaja disusun mengikut lokasi geografi. Juga bukan kerana ingin menarik perhatian penonton Malaysia Timur kerana rating penonton Semenanjung semakin menjunam. Walau apapun alasan profesional yang diberi, setengah dari sedozen peserta kali ini datang dari Sabah dan Sarawak. Dalam kumpulan enam orang pelajar wanita, hanya seorang datang dari Semenanjung. Juara AF6, Stacy datang dari Sabah dan Juara AF7, Hafiz datang dari Sarawak. Mungkin pihak pengurusan Astro rasa penyumbang SMS adalah lebih ramai di sana.
5 orang masuk finalSatu lagi perubahan AF kali ni. Lima orang pelajar berentap di final. Mungkin strategi ni terpaksa dibuat sebab keadaan AF yang semakin lemau dan nazak. Lebih ramai di final, lebih meriah. Begitulah agaknya.
Statistik
Paling muda ialah Alif, 19 tahun.
Paling tua ialah Farina, 28 tahun.
Hanya seorang pernah berkahwin iaitu Farina.
Peserta paling rendah ialah Adira, 152cm sahaja.
Peserta paling tinggi ialah Iwan, 170cm.
Peserta paling berat ialah Shah, 80kg.
| Tirai Akademi Fantasia 8
| JUARA |
 | Shahir Ahmad Shahrir Zawawi, 21, Perak. Profile |
| FINALIS |
 | Adira Siti Adira Suhaimi, 19, Sabah. Profile |
 | Daus Muhd Shahril Firdaus El, 22, Sarawak. Profile |
 | Iwan Emirza Awan Zulazrin Chew, 20, Negeri Sembilan. Profile |
 | Maulana Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22, Johor. Profile |
| TERSINGKIR |
 | Anum Dayang Nor Anum Arjuna Aharun, 19, Sabah. Tak sangka Anum terkeluar |
 | Ema Erma Suhaimi, 21, Sabah. Wanita pertama tersingkir |
 | Shah Muhammed Shahril Mohd Salleh Hussein, 26, Selangor. Shah tiada pakej |
 | Ain Nadiawati Ainul Basir, 23, Sabah. Profile |
 | Farina Zafarina Jamhari, 28, Sarawak. Profile |
 | Nad Nadia Emilia Roselan, 21, Selanggor. Profile |
 | Alif Muhammad Alif Kadim, 18, Kuala Lumpur. Profile |
|