ArtisMelayu.net  |  Home

Jom ke Galeri Fesyen Artis di malam AJL-24

Anugerah Juara Lagu ke-24

Anugerah Juara Lagu 24
Dari kiri: Yuna, Izat, Black dan Faizal Tahir (Foto The Star)

Menepati ramalan ramai, lagu 'Pergi' ciptaan Pete Teoh dan lirik oleh Amran Omar yang dinyanyikan oleh Aizat dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL ke-24) di Stadium Putra Bukit Jalil Ahad lepas 10 Januari 2010. Aizat, 21, membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000 yang merupakan antara jumlah hadiah yang tertinggi sepanjang penganjuran AJL sejak 24 tahun lalu. Selain Anugerah Juara Lagu, Aizat turut membawa pulang wang tunai RM10,000 apabila memenangi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Kau Aku ciptaannya sendiri. Aizat ialah penyanyi Akademi Fantasia Astro.

Naib Juara ialah lagu 'Dan Sebenarnya' yang dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh Yuna yang mambawa pulang hadiah trofi dan RM15,000. Lagu 'Bercinta' nyanyian Faizal Tahir dan dicipta oleh Audi Mok mendapat tempat ketiga. Mereka menang RM12,000. Persembahan Terbaik dimenangi oleh Aizat yang menyanyikan lagu 'Kau dan Aku' untuk meraih hadiah RM10,000. Vokal Terbaik pulak digondol oleh pendatang baru yang menjuarai Mentor, Hanafi Hanafiah (Black) yang menyanyikan lagu 'Aku Rindu Sayang Kamu'. Black yang merupakan protegee Mas Idayu dalam Mentor menang RM10,000.

AJL ke-24 diacarakan oleh Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri rais Yatim menyampaikan semua hadiah.

Lagu-lagu lain yang bertanding pada AJL24 ini ialah:
- 'Aurora' (ciptaan sepenuhnya oleh Estranged)
- 'Tak Mungkin Kerana Sayang' (Alyah/ Ajai/ Habsah)
- 'Cinta Adam & Hawa' (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq)
- 'Masih Jelas' (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad)
- 'Situasi' (Bunkface/ ciptaan sepenuhnya oleh Sam)
- 'Pakai Buang' (Stacy/ ciptaan sepenuhnya oleh Edry KRU)
- 'Aku Skandal' (Hujan/ ciptaan sepenuhnya oleh Noh Hujan)
- 'Bengang' (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam)
- 'Rindu Terhenti' (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta).

AJL24 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi Zainal Abidin, penyanyi dan komposer Hazami, pelakon Fatimah Abu Bakar dan komposer Fauzi Marzuki selaku ketua juri.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL24 turut diserikan dengan persembahan interlude istimewa oleh Datuk Jeffrydin & Siglap 5, Jay Jay & Carefree, Search dan Meet Uncle Hussain bersama H dan Black. Persembahan pembukaan Laguku Untukmu oleh Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Azlan & The Typewriter juga menarik dan tersendiri.

11/1/10

 |  Home  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |