|  www.artismelayu.net  |  Info Artis  |  Pautan Laman Artis  |  Galeri  |  Forum Artis  |

Aida Rahim, Joe Radzwill Dah 7 tahun baru sah nikah

Akhirnya, setelah tujuh tahun berkahwin, Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan pernikahan Aida Rahim dengan suaminya Joe Radzwill. Tujuh tahun tu.. bukan satu tempoh yang singkat. Anwar Ibrahim masuk penjara pun enam tahun je. Awat lewat sangat? Ni semua sebab karenah birokrasi ler ni. Pengesahan dibuat oleh Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid selepas dia memutuskan yang pernikahan kedua artis itu adalah sah. Lepas dapat surat pengesahan, Aida Rahim (Khalidah Adibah Ahmad, 52 tahun), dan Joe Radzwill (Ismail Ahmad @ Mohd Radzwill, 39 tahun) diminta untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Tapi tak selesai lagi. Peguam Syarie, Nahar Alias pulak berkata JAWI akan menyiasat kes ini dan selepas tu mahkamah akan menentukan denda ke atas pasangan Aida Rahim dan Joe Radzwill. Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM1000 atau penjara kerana poligami dan bernikah tanpa kebenaran.

Nikah senyap-senyap di Thailand

Sebenarnya, Joe Radzwill dan Aida Rahim bernikah senyap-senyap. Mereka bernikah di Yala, Thailand pada 6 November 2002 dengan wali hakim. Masa nikah tu, Aida Rahim dah janda. Joe Radzwill pula masih ada isteri. Namun pada bulan Mac 2002, Joe Radzwill menceraikan isteri pertama dia.

Kena tangkap khalwat

Aida Rahim dan Joe Radzwill ditangkap berkhalwat oleh JAWI pada 1 Disember 2002. Tangkapan dibuat di sebuah kondominium di Damansara Kiara.

Aida Rahim Joe Radzwill
Aida Rahim dan Joe Radzwill di luar mahkamah

Aida Rahim Joe Radzwill

Aida Rahim Joe Radzwill

Aida Rahim Joe Radzwill
Ni masa baru kahwin dulu.

www.artismelayu.net