Anugerah Bintang Popular 2008
Preview ABP2009
Lima calon akhir untuk bertanding dalam 16 kategori Anugerah Bintang Popular 2009 (ABP 2009) sudah diumumkan di Royal Ballroom 3, Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Kali ini ramai bintang yang baru menjadi calon. Penyertaan artis-artis senior pula memang masih ada namun tidak seramai tahun-tahun sebelumnya.
Mungkin kerana ramai artis-artis senior tidak lagi dapat mempertahankan populariti, atau artis-artis baru terlalu ramai muncul, atau kedua-duanya sekali.
Muka-muka baru ialah Yuna, Stacy, Mila, Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussain, Black, Lisa Surihani, Scha Alyahya, Liyana Jasmay, Putri Mardiana, Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Zizan dan Aizat. Mereka semua ni dikira menjadi pelapis untuk mewarnai dunia seni tanah air.
Artis-artis senior yang nampaknya masih kekal di hati peminat ialah Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Afdlin Shauki, Maya Karin, AC Mizal, Aznil Nawawi, Linda Onn, Saiful Apek, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.
Pemenang Bintang Paling Popular ABP 2009 kali ini bakal memenangi sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000, barangan emas Habib Jewels, perabot bernilai RM30,000 dan pakej penginapan mewah tiga hari dua malam di Head Of State Suite tajaan Hotel Palace Of The Golden Horses.
Selain trofi, pemenang bagi setiap kategori pencalonan bakal memenangi pelbagai hadiah menarik seperti barangan kemas Habib Jewels dan perabot bernilai RM5,000.
Malam ABP 2009 bakal berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang 4 April 2010.
Paling Popular
 Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) 2009 dengan mengenepikan artis-artis yang disebut-sebut sebagai saingannya seperti Aizat, Faizal Tahir, Mawi dan penyandang juara tahun lalu, Nabil Raja Lawak. Siti Nurhaliza mendapat 225, 300 undi.
Ini adalah kali kelapan Siti Nurhaliza merangkul gelaran tertinggi tersebut yang mana merupakan suatu rekod. Sebelum ini, Siti Nurhaliza pernah memenangi gelaran tersebut selama enam tahun berturut-turut pada 1996, 1997, 1998, 1999, 2000, 2001. Rosyam Nor memecahkan monopoli Siti Nurhaliza pada tahun 2002. Saiful Apek merampas gelaran tersebut pada tahun 2003.
Pada tahun 2004, Siti Nurhaliza memenanginya sekali lagi. Kemunculan aura Mawi yang world melenyapkan aura Siti Nurhaliza. Mawi menjadi juara selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2005, 2006 dan 2007. Nabil Raja Lawak ialah pemenang pada tahun 2008.
Siti Nurhaliza juga memenangi gelaran Penyanyi Wanita Paling Popular untuk kali ke-13 berturut-turut.
Keputusan:
Penyanyi Lelaki Popular
Aizat menewaskan Adam, Akim, Faizal Tahir, Mawi
Penyanyi Wanita Popular
Siti Nurhaliza menewaskan Jacklyn Victor, Mila, Stacy, Yuna
Penyanyi Duo/Kumpulan Popular
Bunkface menewaskan Adam & Stacy, Hujan, Meet Uncle Hussain & Black, 6ixth Sense
Penyanyi Nasyid Popular
Rabbani menewaskan Hijjaz, In-Team, Raihan, Saujana
Pelakon Filem Lelaki Popular
Que Haidar menewaskan Aaron Aziz, Afdlin Shauki, Farid Kamil, Zul Huzaimy
Pelakon Filem Wanita Popular
Liyana Jasmay menewaskan Diana Danielle, Lisa Surihani, Maya Karin, Sharifah Amani
Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak menewaskan Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Fizz Fairuz, Fizo Omar
Pelakon TV Wanita Popular
Tiz Zaqyah menewaskan Fasha Sandha, Noorkhiriah, Rozita Che Wan, Scha Alyahya
Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Nawawi menewaskan AC Mizal, Ally Iskandar, Faizal Ismail, Nabil
Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana menewaskan Cheryl Samad, Nurul Syuhada, Raja Azura, Sarimah Ibrahim
Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail menewaskan AG, Aznil Nawawi, Din Beramboi, Kieran
Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana menewaskan Abby Fana, Nana, Linda Onn, Sharifah Aleya
Artis Komedi Lelaki Popular
Nabil menewaskan AC Mizal, Afdlin Shauki, Saiful Apek, Zizan
Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah menewaskan Aliza Abdullah, Didie Alias, Kenchana Dewi, Nik Sayiddah
Artis Baru Lelaki Popular
Black menewaskan Akim, Aril, Gambit, Hafiz
Artis Baru Wanita Popular
Yuna menewaskan Dira Abu Zahar, Isma, Puteri Mardiana, Tiz Zaqyah
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Khadijah Ibrahim

Artis komedi paling popular, Noorkhiriah dan Nabil. (Foto Harian Metro)
Trivia
- Siti Nurhaliza memenangi gelaran Penyanyi Wanita Paling Popular 13 tahun berturut-turut dalam tempoh 15 tahun pembabitannya dalam dunia seni. Siti menewaskan dua orang juara Akademi Fantasia iaitu Mila dan Stacey, seorang juara Malaysian Idol iaitu Jac, dan bintang baru Yuna.
- Semua calon Penyanyi Lelaki Paling Popular adalah bintang realiti Akademi Fantasia dan One In A Million (OIAM).
- Kedua-dua pemenang Pelakon TV Popular Lelaki dan wanita iaitu Remy Ishak dan Tiz Zaqyah adalah pasangan pelakon drama hits Nur Kasih.
- Bagi Artis Baru Lelaki Popular, Juara Mentor iaitu Black menewaskan Juara Akademi Fantasia iaitu Hafiz.
- Bagi Artis Baru Wanita Popular pula, Yuna yang jarang sangat muncul di tv menewaskan heroin yang saban minggu muncul di tv iaitu Tiz Zaqyah.
- Artis Komedi Wanita Paling Popular, Noorkhiriah dicalonkan untuk kali pertama dan terus menang.
- Penyampai Radio Popular Wanita dan Lelaki adalah pasangan DJ dari Hot FM. Mereka memenanginya tiga tahun berturut-turut.
- Aznil Nawawi pula kekal sebagai Pengacara TV Lelaki Popular selama tujuh tahun berturut-turut.
|